Jumaat, 24 April 2009

Menuju Cinta Nan Satu


Cinta…apa yang kita mengerti tentang cinta? Adakah selama ini kita menterjemahkan cinta kita dengan tepat sesuai dengan maksudnya?

Cinta pada definisi dan pentakrifan yang dibuat oleh manusia adalah satu perasaan halus yang berputik di dalam jiwa manusia kesan daripada wujudnya kasih dan sayang…

Cinta pada pandangan manusia adalah satu perasaan yang agung yang sangat didambakan oleh setiap manusia…

Kerana cintalah, wujudnya kita…

Kerana cintalah, lahirnya kita ke dunia ini…

Namun, sebenarnya siapakah yang paling berhak kita curahkan sepenuh perasaan cinta ini?

Ibu bapa?

Kekasih?

Saudara?

Hakikatnya, kita terlupa….cinta kita kepada ibu…cinta kita kepada ayah…dan mungkin cinta kita kepada sesama manusia…tidak lain dan tidak bukan adalah manifestasi perasaan sebenar yang sepatutnya kita serahkan hanya padaNYA Yang Maha Esa dan Maha Agung.

Kerana DIA kasihkan kita, kita tercipta…

Kerana DIA cintakan kita, diberiNYA kita nyawa..

Kerana kasih dan cintaNYA DIA kepada kita, maka dikurniakan kepada kita segala macam nikmat yang tiada terhitung.

Lantaran kasih dan cintaNYA DIA kepada kitalah dipercikkan ke dalam hati kita daripada 99 NamaNYA sifat Ar-Rahim iaitu sifat penuh kasih sayang yang membuatkan kita mengerti apa itu perasaan kasih dan sayang…

Kerana kasih dan sayangnya DIA kepada kita, maka hari ini kita mengenali apa itu kehidupan…

Lantas, tiada cinta lain yang seharusnya kita dambakan melainkan cintaNYA…

Sesungguhnya betapa tingginya kiasan cintaNYA kepada kita…namun kita tidak pernah menyedari selama ini…

Ditumpahkan rasa kasih dan sayangNYA melalui percikan sifatNYA iaitu Ar-Rahim dan sifat Al-Wadud ke dalam jiwa seorang ibu dan bapa terhadap anak mereka…

Namun, layakkah kita mendapatkan cintaNYA seandai diri kita masih bergelumang noda-noda hitam menjalar diri?

Siang dan malam berlalu…kadang-kadang kita terlupa menyebut namaNYA…

Detik masa berputar…namun kita terlupa mensyukuri nikmatNYA…sedangkan DIA setiap waktu mengingati kita dan memberikan kita peluang untuk terus hidup…

Ya Allah…pandulah hati ini
Ya Allah…doronglah hati ini
Agar aku sentiasa mencintaimu..
Agar aku sentiasa mengejar redhaMU

Terima kasih wahai Allah…di atas segala kasih sayangMU terhadapku selama ini…
Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai mukmin dan diberikan kesedaran untuk mengetuk pintu cintaMU…

Bimbinglah daku wahai Allah
Agar aku tidak lupa dan leka
Agar setiap detik dan saat aku menjadi insan yang bersyukur

Kerena aku mendambakan cintaMU………

<>



Pengurusan Harta Dan Kewangan:

Bijak merancang dan mengurus kewangan ialah unsur penting dalam membentuk keluarga dan Negara yang sejahtera dan stabil walaupun wang bukan segala-galanya tetapi wang mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan[1].

Ciri-ciri perancangan kewangan yang baik:

  1. Sistem perakaunan yang mudah
  2. Senang difahami
  3. Fleksibel
  4. Realistik, logik dan praktikal
  5. Berbentuk unik dan persendirian

Prinsip asas pengurusan kewangan:

  • Buat catatan perbelanjaan anda
  • Nilai cara anda berbelanja
  • Tetapkan matlamat hidup anda

Sepatutnya:

Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Bukan:

Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan

Falsafah Kewangan Islam:

  • Allah pemilik sebenar
  • Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi
  • Agihan semula kekayaan berorientasikan :

ü Segala sesuatu yang dimiliki manusia bukan milik sebenar tetapi milik mutlak Allah. Maka kekayaan ala mini hendaklah dinikmati bersama berdasarkan hak-hak yang telah digariskan oleh syara’ seperti hak orang kaya, orang miskin, penjual, pembeli, masyarakat, orang perseorangan dan lain-lain.

  • Konsep al-‘adlu wal ihsan:

ü Al-‘adlu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dari sudut kewangan dan agihan kekayaan bukanlah semestinya sama rata tetapi mengikut kesesuaian dan dengan mekanisme yang dibenarkan sehingga menyumbang secara positif kepada kebajikan ekonomi seluruh rakyat dalam memenuhi keperluan asasi manusia, membasmi punca-punca kesulitan dan meningkatkan kualiti hidup .

ü Al-ihsan pula bermaksud menguruskan aktiviti ekonomi/kewangan Islam bukan dengan tujuan keuntungan material semata-mata tetapi mengambil kira kemaslahatan umum.

d

Pemanfaatan Harta dan Konsep Bantu-Membantu

  • Individu
  • Keluarga
  • Masyarakat

- golongan pemerintah

- golongan rakyat

  • Orang fakir
  • Orang miskin
  • Orang bertunang
  • Jiran
  • Rakan
  • Muallaf
  • Orang yang berusaha di jalan Allah
  • Ibnu Sabil
  • hamba

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Dan perumpamaan orang yang menginfakkan harta mereka pada jalan Allah itu seperti biji benih yang ditumbuhkan daripadanya tujuh cabang

Umat Islam mempunyai peluang yang luas untuk melipat gandakan pahala mereka, khususnya bagi yang diberi kelebihan harta dan wang ringgit. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan oleh Allah SWT serta suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan. Justeru, Islam menggesa umatnya supaya bermurah hati dan segera memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 92:

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Sabda Rasulullah S.A.W:

(Hadis Riwayat Muslim)

Dan firman Allah lagi dalam Surah Ali-Imran ayat 133-134:


[1] Prof. Madya Dr. Laily Paim, UPM