
tertarik membaca email dr seorang sahabat yang mempersoalkan hakikat hidup ini bukan sekadar hanya tahu memberi bahkan perlu menerima...kekadang kita tidak sedar yang kita hanya tahu memberi tetapi tidak mahu menerima dari orang lain...contohnya dalam soal memberi kerja dan tugasan...kita mudah memberi arahan kepada orang lain untuk melaksanakan beberapa tugasan tetapi bila kita diamanahkan sesuatu tugasan...pelbagai alasan kita lontarkan...kononnya kita takut kita tidak mampu melaksanakan dengan sebaiknya...kita tidak layak...dan sebagainya...soalnya...setiap perkara mesti ada give and take...contohnya dalam soal berukhuwwah...ada antara kita yang suka merahsiakan sekiranya musibah melanda dirinya tetapi mendambakan yang setiap sesuatu yang berlaku pada diri sahabatnya diketahui olehnya tanpa ada sesuatu pun yang tak diketahuinya...ini sudah tentu merupakan perkara yang pelik lagi ajaib....seolah2 kita mahu menjuarai kebajikan diri orang lain tetapi tidak memberi peluang insan lain mengambil berat akan diri kita...bak kata pepatah melayu: "orang berbudi kita berbahasa......orang memberi kita menerima"sepatutnya budaya memberi dan menerima ni dijadikan suatu perkara yang praktikal dalam masyarakat kita sedangkan pepatah ini sudah lama bertapak dan menjadi satu bahan warisan yang sebati dalam jiwa orang melayu...
draft
7:21:00 PM
by sensei_kun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan