usai dua hari lepas...ketika menghadiri ijtima' mahasiswa bertujuan memberi kesedaran dan penerangan berkenaan peranan golongan mahasiswa dal am menggelombangkan arus pilihanraya umum yang ke-12 yang masih menjadi teka-teki permainan pak lah sehingga kini... dengan pelbagai spekulasi berkenaan tarikh PRU yang tepat diberikan seolah2 beliau cuba2 mempermainkan pihak pembangkang yang sudah semestinya berkira2 bilakah tarikh sebenar PRU 12...
menelusuri semula objektif ijtima; tersebut meskipun diriku sekadar berkesempatan menghadiri hanya slot yang berkenaan IT...sebenarnya ijtima' pada hari tersebut mensasarkan untuk menyedarkan golongan ''thalibul ilm'' peranan mereka yang amat-amatlah besar dan penting dalam menjayakan PRU 12...ini kerana mahasiswa adalah golongan yang tahu membezakan "what is right and what is wrong"...and they know how to differentiate between those elements...tinggal lagi kesedaran mereka yang jitu yang amat diharapkan...tidak cukup sekadar mereka menyedari without doing ''something" untuk mengubah kepincangan yang berlaku dalam fenomena politik semasa negara yang kita cintai lagi sayangi ini...
lantaran mahasiswa adalah pewaris kepimpinan negara akan datang...kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang hanya tahu menikmati dunia hiburan yang pada hemat saya amatlah keterlaluan kini...dan kita tidak mahu melahirakan bakal pemimpin yang dayus kerana kalau kita lihat situasi sekarang, mahasiswa terlalu takut untuk bersuara kerana takutkan AUKU!!....
bercakap tentang peranan, jangan kita letakkan kayu ukur yang terlalu tinggi...contohnya menjadi jurucakap dalam mana2 demo contohnya...tidak semua mampu untuk bercakap...dan tidak semua mampu untuk berada dibarisan hadapan...cukuplah sekadar kita ambil pendekatan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kemampuan diri masing-masing...'ala sabilil mithal': mempromosikan kepada kawan2 kita yang mungkin masih tidak merasai bahang pilihanraya agar mereka sekurang-kurangnya menyedari peranan mereka untuk mengundi...lebih jauh lagi mungkin kita dapat mengdoktrinkan pemikiran mereka akan betapa pincangnya kepimpinan negara yang sedia ada sekarang...mengdoktrin disini bukan bermaksud menghasut atau meracuni pemikiran mereka...sebaliknya memberi kesedaran kepada mereka...
sama-samalah kita fikirkan apakah sumbangan yang termampu kita sumbangkan untuk membantu parti yang memperjuangkan kalimah Allah!!
bersama-sama kita menggempur perubahan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan