Rabu, 23 Januari 2008

pengalaman kehidupan

sedar tak sedar hari ni dah dekat seminggu aku dan beberapa orang sahabat memulakan bisnes kami sendiri iaitu bisnes catering...Ya Allah! pelbagai dugaan menimpa...almaklumlah ini pengalaman pertama menguruskan perniagaan sendiri...bisnes yang kami jalankan ni sekadar bisnes kecil-kecilan dalam skala tempahan 500orang ke bawah jer...

benarlah seperti sabda nabi yang didalam perniagaan tu terkandung 9 daripada 10 rezeki... namun tak dapat tidak bagi orang yang nak berjinak-jinak dalam bidang yang mencabar ni perlukan kesabaran dan keberanian yang tinggi kerana risiko yang menanti di hadapan adalah sangat besar...

bila difikir-fikir balik...sebenarnya benda ni diluar perancangan sebenar...memang saya bercita-cita membina empayar perniagaan sendiri...namun tidak tersangka pula ia datang secepat ini...kalau disorot balik sebenarnya idea ni datang dr 2 orang sahabat yang merancang membuka bisnes katering ni...mereka melamar saya untuk bersama2 mereka menjayakan bisnes ni...tak semena-mena saya pulak yang ditolak menjadi ketua projek...inilah yang dikatakan perancangan Allah..."wamakaruu wamakarallah...wallahu ghairul maakiriin..."

sejujurnya saya akui sejak menjalankan bisnes ni tanggungjawab makin bertambah lantaran diri masih bergelar mahasiswa..namun timbuk keseronokkan bila dapat menimba pengalaman baru dan mengenali alam sebenar selepas graduasi...tambahan pula saya memang berasa yang diri ini tidak berapa betah berkerja makan gaji dibawah orang lain...rasa tiada kepuasan...dan sedikit terkongkong...mudah-mudahan ini menjadi titik tolak kepada permulaan yang lebih baik...

tambahan lagi diri ini punya cita-cita yang amat tinggi menggunung untuk melihat anak melayu maju dan berdaya saing seiring bangsa2 lain...disamping soal pendapatan dengan bisnes, kita bisa membantu orang lain dengan memberi peluang pekerjaan terutama bagi anak2 muda Melayui yang tidak berkelulusan tinggi sekaligus dapat memajukan anak bangsa Melayu Islam yang tercinta...

namun begitu...bisnes-bisnes juga, perjuangan jangan sesekali dikesampingkan!! perjuangan menuntut ilmu dan perjuangan membantu agama Allah yang tercinta...

sekadar ini sahaja dapat dicoret...lantaran diri ini perlu berkejar kembali ke tempat operasi lantaran esok ada tempahan yang menanti...

salam perjuangan...

1 ulasan:

Hafiz Nabilah berkata...

Lama tak update??? :)